
Tahniah diucapkan kepada PSS SK Jawi yang telah merangkul 3 anugerah semasa Majlis Penyampaian Anugerah BTPN Pulau Pinang baru-baru ini di Dewan Milenium, Kepala Batas. Tiga anugerah tersebut termasuklah Anugerah Johan PSS Cemerlang 2010 Pulau Pinang, Anugerah Johan Laman Web Kategori Sekolah 2010 dan Anugerah Khas GPM Terbaik (Pengurusan & Pentadbiran PSS) 2010. Dengan merangkul ketiga-tiga anugerah tersebut diharapkan PSS SK Jawi akan terus cemerlang di masa-masa hadapan dan dapat meningkatkan lagi kualiti pengurusan serta pentadbiran untuk terus kekal dikenali di serata negeri Pulau Pinang khususnya.
0 comments:
Post a Comment