SELAMAT DATANG

CERAMAH JABATAN KESELAMATAN JALAN RAYA.

13hb April, 2011-Hari ini telah berlangsung ceramah tentang keselamatan jalan raya di dewan SK Jawi disampaikan oleh pegawai dari jabatan keselamatan jalan raya cawangan Pulau Pinang.Ceramah berkisar tentang peraturan dan panduan ketika berada di jalan raya memberi banyak faedah kepada murid-murid dalam menjaga keselamatan ketika di jalan raya. Ceramah bermula pada jam 2.30 petang untuk mengisi slot aktiviti ko-kurikulum hari ini. Dilaporkan oleh unit PSS SK Jawi.

SIJIL PENGHARGAAN DARI BTPN P.PINANG




Tahniah diucapkan kepada PSS SK Jawi yang telah merangkul 3 anugerah semasa Majlis Penyampaian Anugerah BTPN Pulau Pinang baru-baru ini di Dewan Milenium, Kepala Batas. Tiga anugerah tersebut termasuklah Anugerah Johan PSS Cemerlang 2010 Pulau Pinang, Anugerah Johan Laman Web Kategori Sekolah 2010 dan Anugerah Khas GPM Terbaik (Pengurusan & Pentadbiran PSS) 2010. Dengan merangkul ketiga-tiga anugerah tersebut diharapkan PSS SK Jawi akan terus cemerlang di masa-masa hadapan dan dapat meningkatkan lagi kualiti pengurusan serta pentadbiran untuk terus kekal dikenali di serata negeri Pulau Pinang khususnya.

PENUTUPAN PROGRAM "SAYA BIJAK SIFIR"

9hb April, 2011 - Upacara Penutupan Program "Saya Bijak Sifir" diadakan hari ini untuk memberi pengiktirafan kepada murid-murid SK Jawi yang berjaya membaca sifir dengan baik dan lancar.Hadiah diklasifikasikan kepada 3 kategori: 1. Hadiah murid hantar paling awal. 2. Hadiah mnurid membaca banyak kad sifir 3. Hadiah cabutan bertuah. Hadiah-hadiah disampaikan oleh guru besar dalam majlis ini.

lukisan

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-15










Hari ini berlangsung Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-15 Sekolah Kebangsaan Jawi di Dewan Ar-Razi. Mesyaurat ini dirasmikan oleh En. Mohd Rodzi bin Aziz, Timbalan Pegawai Pelajaran daerah Seberang Perai Selatan.